TERKEJUT OWNER YANG BUAT BUKAN STAFF



   


               Saya keluar dari bilik terus telefon bimbit saya berbunyi dan saya melihat di paparan skrin ,nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon bimbit saya tanpa ragu saya jawab panggilan itu mungkin keberangkalian dari orang sakit dan saya menjawab dengan  penuh mesra seperti biasa. Kedengaran orang menahan sakit dan bertanya "Adakah ni Pusat Rawatan  yang merawat sakit  SlipDisk ?" tanya orang yang berada di talian dan saya menjawab "Ya, Pusat Rawatan Ibu Terapi yang membetulkan Urat Saraf terutama mereka yang sakit Slip Disk,boleh saya tahu siapa yang sedang bercakap?" tanya saya kepada orang di talian. "Saya Encik Azmir saya mempunyai sakit C4,C5 sehingga tidak boleh angkat tangan sehingga ada rasa sakit di bahagian leher " jawab En Azmir. Saya bertanya lagi "Boleh saya tahu En Azmir tahu dari mana ya tentang Pusat Rawatan Ibu Terapi dan Kecantikan saya ? Tahu dari siapa?" tanya saya.  "Saya tahu dari rakan saya yang isterinya pernah membuat rawatan di Sari Cantik Ibu kerana ada sakit Slip Disk yang agak serious tapi dengan bantuan Pn Dilla merawatnya. Dan saya juga layari facebook untuk tahu Rawatan Ibu  Terapi."



            " Oh begitu, sebenarnya semua patient yang nak buat rawatan Ibu Terapi perlu hubungi staff saya iaitu Cik Yana yang menjaga jadual saya. Maknanya En Azmir beruntung kerana dapat hubungi saya tapi tidak mengapa nanti saya beri nombor telefon En Azmir pada staff saya ,Cik Yana akan hubungi En Azmir untuk menguruskan jadual saya dan En Azmir dan buat rawatan bersama saya kerana sekarang ini saya ada pelanggan." kata saya pada En Azmir yang masih dalam talian." Baiklah , minta segera ya sebab saya amat memerlukan rawatan dari Pn Dilla."  kata En Azmir dan saya tamatkan talian dengan memberi salam padanya.



             Jam sudah menunjukkan pukul 7 petang waktu operasi Pusat Rawatan Ibu Terapi dan Kecantikan sudah pun tamat setelah bertungkus lumus seharian memberi perkhidmatan pada pelanggan yang buat rawatan di Sari Cantik Ibu. Saya diberitahu oleh Raina  saya yang suami saya telah pun sampai di lobi MARA untuk datang mengambil saya dan Raina pulang ke rumah. Selepas saya bersalam dengan staff-staff , saya pun terus keluar dari Pusat Rawatan bersama Raina dan turun ke lobi melihat suami saya sedang menunggu di dalam kereta. Saya akan bersalam suami saya dan Raina juga akan bersalam ayahnya selepas kami masuk ke dalam kereta. Suami saya meneruskan memandu kereta dengan cermat dan selamat.


         
              Sudah hampir sejam  lebih di dalam kereta baru lah sampai ke kediaman kami yang saya panggil kediaman itu ialah 'chalet' kerana kediaman saya salin tidak tumpah seperti chalet yang berada di luar negeri. Suami saya parking kereta di halaman rumah. Baru sahaja saya ingin melangkah masuk  ke dalam rumah telefon bimbit saya berbunyi saya melihat di paparan skrin Cik Yana yang di paparan skrin telefon bimbit saya, saya menjawab dan saya diberitahu oleh Cik Yana yang saya akan ada temujanji pada esok hari bersama pesakit saya iaitu En Azmir pada pukul 2 petang. Teringat saya En Azmir yang hubungi saya pada siang tadi untuk buat rawatan Ibu Terapi bersama saya.



                Makan malam bersama keluarga paling saya suka kerana dapat berkumpul beramai-ramai selepas seharian sibuk dengan urusan kerja masing-masing dan tidak bertemu seharian. Hidangan makan malam harini lauk ayam masak pedas dan pencuci mulut rojak, Semua ahli keluarga saya berselera makan masakan abah mereka.Selalunya saya yang akan masak pada waktu malam tapi suami saya pula masak mungkin kerana suami saya pulang awal dari tempat kerja. Malam itu sangat gembira walaupun penat dengan urusan kerja harian tapi apa yang saya inginkan walaupun sibuk macam mana pun saya akan tetap luangkan masa bersama mereka.Ya,bersama orang tersayang...



              Pagi menyapa lagi, alhamdullilah diberi nyawa lagi dan harini agak lain sedikit kerana saya perlu memandu sendiri ke  Pusat Rawatan Ibu Terapi dan Kecantikan yang berada di bangunan MARA. Saya jarang memandu kereta tapi saya terpaksa memandu untuk harini kerana  suami saya berada di luar negeri untuk mengurus urusan kerja di sana. Saya agak gemuruh untuk bawa tapi saya cuba tenangkan diri dan pandu seperti biasa dan di temani oleh Raina yang duduk di tempat penumpang agak tenang sedikit dan lega kerana saya tidak keseorangan ketika memandu.



               Sewaktu saya memandu saya kurang bercakap kerana saya fokus dengan memandu kereta tanpa saya sedar saya telah pun tiba di Medan Mara, saya parking kereta di tempat parking kereta di bawah bangunan Medan MARA , saya dan Raina keluar dari kereta lalu kami naik lift untuk ke tingkat 1. Selangkah sahaja saya masuk ke  Pusat Rawatan saya disambut salam dari staff -staff saya,saya membalas salam mereka dan masuk ke dalam untuk letak handbag saya dan duduk di kerusi sebentar sambil periksa telefon bimbit saya kerana sepanjang saya memandu kereta  tadi banyak mesej yang masuk tapi saya tidak kesempatan untuk membalas kerana fokus memandu.
Saya melihat mesej yang masuk hanya dari mesej dari group mesej di whatssapp.


         
             Sedang saya membalas mesej ,staff saya Cik Yana masuk ke dalam memberitahu saya yang ada pelanggan yang ingin buat rawatan Spa. Saya sebagai seorang yang profesional saya keluar dari bilik dan saya lihat ada seorang wanita dalam lingkuan umurnya 30 an yang sedang menunggu untuk buat facial treatment dengan dayang-dayang SCI. Saya menyapa wanita itu dengan ramah mesra dan wanita itu membalas sapaan saya . Saya tidak berbual lama dengan wanita itu  kerana dayang-dayang SCI panggil wanita itu masuk untuk buat rawatan facial,lalu wanita itu masuk seperti biasa dayang-dayang SCI akan melayan pelanggan seperti PERMAISURI.


     

               Selama 1 jam 15 minit wanita itu keluar dari bilik ,wajahnya berseri-seri dan segar nampak wanita itu sangat gembira dengan perkhidmatan yang dayang-dayang SCI beri. Kemudian, selepas selesai memberi saguhati kepada wanita tadi dan menghantar sampai ke pintu kedai saya masuk dan bertanya pada staff saya Cik Yana  adakah En Azmir jadi hadir untuk buat rawatan Ibu Terapi ? Cik Yana berkata" En Azmir akan datang pada pukul 2.30 petang dan saya lihat pada jam di tangan saya yang telah menunjuk jam 2.18 minit  kira-kira masih ada lagi 12 minit En Azmir untuk datang ke Pusat Rawatan. Saya menunggu dengan tenang , tidak sampai beberapa minit ada bunyi loceng dari luar dan staff saya beritahu yang En Azmir sudah tiba dan saya mengarah staff saya untuk mengisi butiran untuk pesakit Ibu Terapi.



       
            Saya keluar dan menyapa En Azmir yang sedang duduk mengisi borang pesakit Ibu Terapi, Beliau melihat saya dan menyambut sapaan saya dengan senyuman walaupun dalam beliau sakit tetap membalas sapaan saya. Saya melihat sampul putih yang bersaiz sederhana di sebelah beliau dan saya bertanya adakah itu MRI yang di bawa dari hospital? dan dia menjawab ya dan beri kepada  saya. Saya membuka sampul itu dan melihat MRI itu dengan penuh teliti dan saya diberitahu oleh beliau yang masih lagi sakit di bahagian tangan kanan dan berasa sengal-sengal.


        Dayang-dayang SCI keluar dan beritahu telah siap untuk buat rawatan Ibu Terapi dan saya mengarahkan dayang SCI untuk menjemput En Azmir masuk ke dalam untuk menyalin pakaian di dalam dan saya menunggu beliau salin pakaian di dalam. Dan telah siap beliau salin pakaian lalu beliau baring di katil,saya masuk sambil melihat borang pesakit yang diisi  oleh En Azmir tadi. Saya mengahmpiri En Azmir dan saya lihat beliau gelisah dan resah mungkin ini kali pertama beliau me
lakukan Ibu Terapi tambah pula orang jelita yang buat..hehehhe angkat bakul sendiri pula..



         Saya lihat beliau resah dan gelisah saya cuba menenangkan beliau dengan berbual dan bertanya tentang diri beliau, dalam kaedah Ibu Terapi saya masukkkan Emosi, Rohani dan Fizikal di dalam rawatan Ibu Terapi yang diasaskan oleh saya sendiri sejak tahun 1993 tahun dahulu. Selepas beberapa minit saya buat rawatan saya lihat beliau kelihatan selesa dan tidak gemuruh. Semasa rawatan saya ditemani beberapa staff saya kerana mengikut prosedur dan tidak mahu sebarang perkara yang tidak ingini berlaku nanti.


           Selepas 2 jam saya buat rawatan saya memberi masa beliau tidur sebentar untuk rawatan minda dan hampir 30 minit beliau tidur ,saya kejutkan beliau untuk sambung buat rawatan semula dan saya periksa semula urat-urat yang beliau sakit , saya meneruskan rawatan semula. Hampir  4 jam saya  merawat beliau dan saya tamatkan rawatan itu dan suruh beliau angkat tangan untuk memeriksa tangan beliau adakah masih sakit ? Dan beliau mengangkat tangan dan beliau terkejut kerana tangan yang selama ini sakit dan tidak boleh di angkat kini boleh di angkat seperti biasa.



         Saya amat bersukur pada Allah kerana dengan KuasaNya , En Azmir kini boleh di angkat dan tidak sakit seperti mana saya lihat mula-mula  En Azmir masuk ke Pusat Rawatan. Saya bertambah rasa gembira dengan lihat pesakit saya iaitu En Azmir gembira dan tidak sakit. Beliau juga terkejut kerana saya mampu merawat sakit dan tidak sia-sia beliau datang dari Bangi semata-mata untuk buat rawatan dengan saya. Sebagai seorang perawat yang berkemahiran tinggi dalam rawatan urat saraf saya rasa sangat bersyukur kerana di beri peluang lagi untuk merawat pesakit yang ingin kan perkhidmatan dari saya.


           Apa yang saya boleh kata saya akan buat sehabis baik dan saya akan menjaga kesihatan saya supaya apabila saya sihat saya mampu merawat mereka yang sakit. Dengan izinNya juga. Jutaan Terima  Kasih kepada  Encik Azmir kerana sudi membuat rawatan di Pusat Rawatan Ibu Terapi dan Kecantikan di Sari Cantik Ibu, kami hargai sokongan En Azmir.


                               

            bersambung selepas bulan 7 kerana penulis sedang sibuk menulis buku yang bertajuk 99 kisah pesakit Ibu Terapi dari tahun 1993-2018..Doakan buku tersebut mampu memberi manfaat kpd orang lain..




     
                   

Comments

Popular posts from this blog

BIDADARI INDAH DI SARI CANTIK IBU

IBU TERAPI