BIDADARI INDAH DI SARI CANTIK IBU





        "Sebagai seorang peguam saya sentiasa sibuk dengan kerja harian saya dan tertekan apabila tidak dapat rehat yang cukup.Kadangkala saya terfikir juga ingin merehatkan minda dan diri bagi hilang kan rasa tertekan dan penat yang selama ni saya hadapi.


          Suatu hari saya dan kawan pergi ke kedai jahit yang lokasinya di tingkat 1 Medan MARA, apabila telah selesai urusan kami di kedai jahit  kami terus keluar dari kedai tersebut.Tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian kami berdua ketika itu. SARI CANTIK IBU diberi nama lokasinya betul-betul berada di hadapan kedai jahit baju yang kami baru sahaja selesaikan urusan kami di situ. Saya mengajak kawan saya untuk ke sana apa yang lebih menarik kerana seorang wanita yang sangat JELITA berada di hadapan kedai mungkin ia Tuan kedai tersebut.


         Apabila saya dan rakan ke sana wanita yang sangat JELITA itu terus menyapa kami seolah -olah beliau menyambut PERMAISURI. Beliau menjemput kami masuk ke dalam dan mengarahkan DAYANG-DAYANG nya  membuatkan minuman untuk kami. Agak segan silu kerana kami bukan buat apa-apa perkhidmatan mahupun beli sebarang produk di SARI CANTIK IBU tetapi kami telah pun dilayan seperti tetamu terhormat. Oh ya! lupa untuk beritahu yang SARI CANTIK IBU ini ialah Pusat Rawatan Ibu Terapi dan Kecantikan. Apa yang menarik minat saya untuk duduk di situ lagi ialah mendengar keterangan tentang Rawatan Ibu Terapi  yang diasaskan oleh Pn Dilla Muhamad yang pakar dalam Rawatan Urat Saraf.

          Kalau nak tahu wanita yang sangat JELITA yang saya beritahu ialah Pn Dilla Muhamad yang juga Pengusaha SARI CANTIK IBU ENTERPRISE. Saya sangat bertuah hari itu kerana dilayan sangat baik dan ramah mesra oleh Pn Dilla Muhamad kerana saya diberitahu yang Pn Dilla sangat sibuk dengan urusan kerja di luar tapi Perancangan Allah sangat cantik kerana dapat saya dan rakan bertemu dengan Pn Dilla. Itu yang buatkan saya berminat ingin bertanya tentang perkhidmatan yang di sediakan oleh SARI CANTIK IBU.


              Pn Dilla memberitahu dan menerangkan perkhidmatan yang ada dan saya tertarik pada pakej BAK BIDADARI yang akan di buat sendiri oleh Pn Dilla. Di dalam pakej Bak Bidadari  ada rawatan Ibu Terapi,Facial Aura Sari Seri , Lulur satu badan , Mandi siraman bunga dengan 7 jenis bunga.Tanpa berfikir panjang saya terus booking untuk saya MANJAKAN diri  dan merehatkan minda.Tak sabar rasanyaaa...


             Hari untuk merehatkan diri sudah tiba. Saya dan rakan pergi ke Sari Cantik Ibu untuk buat rawatan pakej Bak Bidadari yang saya telah booking pada tempoh hari. Seperti biasa saya  dan rakan disambut oleh Pn Dilla dan DAYANG-DAYANG SCI dengan penuh ramah mesra. Sebelum saya buat rawatan bersama Pn Dilla ,saya perlu isi form dahulu dan baru lah di iringi DAYANG SCI masuk ke dalam untuk menyalin pakaian.Selepas menyalin pakaian saya di baring di katil yang sedia ada.Lalu Pn Dilla mulakan dengan buat rawatan Ibu Terapi selama beberapa jam dan seterusnya lulur badan bdengan menggunakan garam syifa'a yang dilakukan oleh Pn Dilla dan DAYANG SCI .Ketika itu saya rasa saya seperti BIDADARI INDAH tambah pula  saya dapat siraman bunga yang telah dicampur 7 jenis bunga  untuk menaikkan seri pada diri saya."


   Selepas hampir 5 jam Pakej Bak Bidadari diakahiri dengan mengambil sekeping gambar dan video testimoni untuk dijadikan kenangan...Sungguh saya tak sangka badan saya sangat selesa dan segala keletihan selama ni saya tanggung telah pun hilang. Memang terbaik dan saya nak DATANG LAGI! jadi saya rasa SARI CANTIK IBU MEMANG TEMPAT RAWATAN YANG TERBAIK UNTUK SEMUA ORANG!"  Kata Cik Puan Natasha Qystina ,31 tahun.











                   





            

  

Comments

Popular posts from this blog

TERKEJUT OWNER YANG BUAT BUKAN STAFF

IBU TERAPI