SETIA BERSAMA SARI CANTIK IBU
Malam yang riang bersama keluarga tercinta, saya masakan hidangan yang sedap buat keluarga untuk makan malam bersama. Malam itu sangat tenang dan penuh dengan gelak tawa anak-anak dan suami. Melihat mereka gembira , saya turut rasa gembira dan bersemangat menghidangkan makan malam yang bakal di jamu bersama-sama nanti. Walaupun siang sibuk dengan urusan kerja dan tidak dapat bersama-sama kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing tapi pada waktu malam walaupun penat tetap ingin meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Tiba-tiba bunyi telefon bimbitku berdering dari ruang tamu. Anak bongsu saya Raina menyambut panggilan itu dan memberi pada saya dan saya menjawab dengan penuh mesra seperti biasa. Tetapi apabila mendengar suara yang membuat panggilan itu seakan sakit dan inginkan rawatan Ibu Terapi secepat mungkin saya menamatkan panggilan dengan memberi nombor telefon staff saya iaitu Cik Yana yang menguruskan jadual saya bersama pesakit. Selepas habis makan malam bersama keluarga. Telefon bimbit saya berdering lagi sekali dari staff saya iaitu Cik Yana untuk memberitahu ada pesakit yang ingin buat temu janji untuk rawatan Ibu Terapi pada esok hari iaitu pada 8.1.2018. Cantik pula tarikh yang dipilih. Saya diberitahu yang pesakit yang inginkan rawatan itu ialah Tuan Wan Johan bin Wan Hassan iaitu Pengurus KESEDAR dari Wilayah Jeli di Kelantan. Alangkah terkejutnya saya dan saya juga diberitahu yang Tuan Wan Johan mempunyai sakit Slip Disk iaitu L5 dan S1 yang agak teruk sehingga beliau menggunakan tongkat. Allahu.. kesiannya apabila saya mendengar keadaan beliau.
Keesokannya, ya hari ini 8.1.2018 isnin yang penuh rahmat..tetapi tetap kena menghadap jem di MRR2 pada awal pagi mennyebabkan kelewatan. Telefon berdering panggilan dari staff iaitu Pn Dina memberitahu Tuan Wan Johan telah pun tiba di Pusat Rawatan Ibu Terapi dan Kecantikan bersama pembantu beliau. Resah dan gelisah kerana telah lewat tidak. Saya amat takut bila lewat kerana ia menjejaskan imej saya seorang Usahawan Mara yang berjaya tapi hendak bagaimana kerana tersangkut dalam trafik jem yang amat sesak ketika itu. Selepas 30 minit dalam jem baru lah lepas dari tersangkut jem di MRR2. Pada pukul 11:40 pagi baru tiba di bangunan Medan Mara.
Berlagak tenang dan tarik nafas ,hembuskan beberapa kali untuk hilangkan perasaan gelisah dan takut. Apabila setapak kaki kanan melangkah masuk ke dalam Pusat Rawatan saya berasa amat bangga dan terharu kerana masih ada orang yang sanggup menunggu saya untuk dapatkan perkhidmatan dari saya. Walaupun saya kelewatan sedikit beliau tetap melemparkan senyuman dan sabar menunggu kehadiran saya. Saya membalas senyuman beliau dan menegur dengan penuh rasa ramah. Dan saya dapatkan maklumat pesakit dari staff, saya meneliti setiap butir yang diisi di dalam borang maklumat pesakit. Saya dapati yang beliau mempunyai sakit L5 & S1 Slip Disk tanpa membuang masa saya arahkan staff untuk menjemput Tuan Wan Johan untuk menyalin pakaian beliau di dalam tempat salinan pakaian.
Selepas selesai beliau menyalin pakaian dan diarahkan oleh staff untuk baring dikatil bagi untuk mereka yang kali pertama ia agak jangal dan kurang yakin jadi kami akan pasangkan muzik yang sangat santai dan tenang bagi melegakan keadaan mereka sewaktu itu. Tambah pula layanan mesra dan 3 kaedah yang saya masukkan ketika rawatan iaitu Emosi, Rohani dan Fizikal.Bukan mudah untuk menyembuhkan seseorang tambah pula baru berjumpa. Tapi sebagai seorang Berkemahiran tinggi dalam Rawatan Urat Saraf saya perlu tahu bagaimana pesakit selesa dan tidak takut dengan rawatan saya cipta walaupun sudah berpengalaman selama 24 tahun tapi saya tetap gemuruh kerana pesakit saya ialah Tuan Wan Johan Pengurus KESEDAR dari Wilayah Jeli Kelantan.
Tapi dalam masa yang sama saya rasa amat bertuah kerana dapat merawat Tuan Wan Johan.
Beliau telah siap menyalin pakaian dan siap sedia untuk di rawat sekali lagi sebelum dirawat periksa balik setiap butiran yang diisi dalam borang bagi memastikan ketika rawat semuanya berjalan lancar. Saya melihat wajah beliau agak gemuruh dan gelisah saya cuba untuk menenangkan beliau dengan bertanya tentang diri beliau. Seorang Pengurus KESEDAR dari Wilayah Jeli dari Kelantan mesti banyak tugas yang perlu di pikul dan perlu bertanggungjawab , tambah pula Tuan Wan Johan juga ketua keluarga di rumah semasa saya berbual dengan beliau tidak sangka saya ada persamaan yang sama seperti beliau iaitu bilangan anak iaitu 3 orang, 2 perempuan dan serang lelaki dan pada masa yang sama saya lihat di wajah beliau agak tenang sedikit dan mula selesa apabila beliau banyak kongsi tentang diri beliau pada saya ketika rawatan.
Hampir selesai rawatan saya bertanya pada beliau adakah masih rasa sakit di bahagian pinggang? Beliau terus bangun dan cuba berjalan perlahan tanpa beliau sedar beliau berjalan tanpa tongkat. Beliau terkejut apabila saya beritahu yang beliau tidak menggunakan tongkat ketika berjalan tadi. Sungguh saya beryukur kerana dapat merawat pesakit saya iaitu Tuan Wan Johan kini dapat berjalan dengan biasa tanpa sokongan tongkat beliau. Saya buat apa yang termampu dan alhamdullilah Allah membantu menyembuhkan hambanya yang alami kesakitan. Sesungguhnya Allah maha Kuasa...
Seperti biasa selesai rawatan saya membuatkan air minuman untuk Tuan Wan Johan
sementara beliau menukar pakaian di bilik salinan pakaian. Selesai beliau salin pakaian saya mempelawa beliau minum dan duduk sementara untuk berbual sebelum beliau berangkat pulang ke Kelantan. Ketika berbual kosong beliau sempat beritahu yang beliau inginkan Set Magic Oil yang saya gunakan ketika rawatan tadi. Beliau berkata yang Set Magic Oil amat wangi dan selesa digunakan dan beliau juga berkata yang rawatan Ibu Terapi sangat lain dari yang lain sukar untuk dapatkan di luar kerana kaedah yang digunakan sangat istimewa iaitu Rohani,Fizikal dan Emosi amat sesuai dengan nama Sari Cantik Ibu.
Tiba masanya untuk beliau pulang setelah hampir 5 jam di Pusat Rawatan Ibu Terapi dan Kecantikan Sari Cantik Ibu. Walaupun baru sehari berjumpa dan pertama kali saya amat mula rasa sebak tambah bersyukur dapat merawat pesakit yang mempunyai sakit Slip Disk yang agak teruk. Dan Alhamdullillah ,bersyukur sekali lagi kerana dianugerahkan kemahiran membetulkan urat saraf di seluruh tubuh badan manusia. Dan tidak lupa juga sebelum beliau pulang saya dan pekerja memberi saguhati buat pesakit ataupun pelanggan kami yang buat rawatan di Pusat Rawatan kami dan seperti biasa ,saya dan pekerja saya mengambil gambar besama beliau untuk buat kenangan...
Insyaallah kita bertemu lagi di masa akan datang dan saya harap ramai lagi pesakit yang memerlukan saya. Kerana sebaik-sebaik manusia memberi manfaat sesama manusia...Terima Kasih kepada Tuan Wan Johan kerana sudi jadikan Sari Cantik Ibu sebagai Pusat Rawatan pilihan hati Tuan. Jutaan TERIMA KASIH PADA ANDA SEMUA YANG MENYOKONG SARI CANTIK IBU SELAMA INI.
Pada 2.2.2018 alangkah terkejutnya saya selepas dapat mesej dari seseorang yang pernah saya kenal! Tidak sangka saya dapat berita yang sangat menakjubkan !!
Bersambung.....
Comments
Post a Comment